Rabu, 6 Jun 2012
Selasa, 5 Jun 2012
Aqidah
Apa itu simpulan iman?
Nak simpul mesti ada tali, mesti ada tempat yang nak diikatkan( pokok tiang atau tunggul), mesti ada ikatan dan mesti ada benda yang nak diikat supaya tak lari...Pertama, mari kita bahaskan benda yang nak ditambat. Apa yang wajib kita tambatkan supaya kukuh dan tak terpesong adalah sifat-sifat wajib, mustahil serta harus bagi Allah dan Rasulullah. Kedua tali, tali adalah dalil-dalil yang menguatkan tempat nak ikat dengan perkara-perkara yang kita ikatkan. Tempat nak ikat pula ialah hati, inilah elemen terpenting supaya yang diikat tadi kuat dan kukuh. Dan akhirnya ialah ikatan, ikatan inilah mengaku oleh hati dengan perkara-perkara yang diikat tadi...Dan sesungguhnya apabila kita dah ikat sesuatu perkara iaitu dalil-dalil dengan ikatan yang kuat dan kukuh pada tempat yang teguh, serta mengaku benar dengan hati, maka selamatlah kita di dunia dan akhirat..insyaalah
Ahad, 3 Jun 2012
Sistem Akuaponik
Akuaponik adalah gabungan dari dua sistem
1-Akuakultur
2-Hidroponik.
Salah satu drp sistem-sistem tersebut akan menyebabkan pembaziran air dan nutrien. Dalam sistem hidroponik misalnya, air dan baja perlu ditukar ganti dgn sekerap yg mungkin.
Manakala sistem akuakultur pula perlu ada sistem air keluar masuk untuk membuang sisa ikan 'ammonia' supaya ikan dapat bernafas dgn sempurna dan juga untuk mengelakkan ikan berbau.
Dan apabila kita menggabungkan kedua-dua sistem ini, satu kombinasi yang sangat sempurna akan berlaku. Melalui gabungan ini air ikan yang mengandungi sisa toksik 'ammonia' akan ditukar menjadi nitrit dan kemudian kepada nitrat oleh sejenis bakteria yang 'baik' dan seterusnya menjadi sumber makanan yang sangat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan ini seterusnya akan membersihkan air ikan. Satu sistem kitar semula yang sangat indah.
Apa yang lebihnya, kita tak perlu lagi membajai tumbuhan, menukar air ikan dan apa yang kita akan dapat ialah sayuran yang segar dan ikan yang sedap.
Jumaat, 1 Jun 2012
Bagaimana akuaponik berfungsi
Konsep Sistem Akuaponik ini adalah menanam sayur-sayuran tanpa menggunakan tanah, sebarang racun dan juga baja kimia. Sisa kumbahan ikan atau tahi ikan di dalam kolam ikan dikitar semula dan segala bahan kumbahan larut akan diserap oleh tumbuhan melalui akarnya.
Air kolam yang dipenuhi tahi ikan dan sisa makanan mengandungi bahan amonia yang tinggi (juga dipanggil larutan nitrat) dan bakteria. Kandungan amonia yang tinggi dan berasid ini boleh menyebabkan ikan sukar untuk bernafas dan boleh membuat ikan mati keracunan.
Dengan adanya sistem akuaponik, air kolam yamg berasid tinggi akan ditukarkan kepada air yang bersih kerana sayur-sayuran yang ditanam akan meyerap nitrat sebagai makanan utama (nitrat ditukar kepada nitrit). Air kolam ini juga berfungsi seperti cecair baja untuk tumbuhan.
Air bernitrat ditukar kepada air nitrit yang lebih stabil dan sesuai dengan persekitaran air untuk ikan hidup dan berenang dengan gembira. Dalam masa yang sama, bakteria jahat beramonia juga akan ditukar kepada bakteria baik yang akan membuatkan ikan anda gembira dan sayuran anda segar bugar.
Sejarah Akuaponik
Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.
Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.
Di negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.
Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini.
Manakala di Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan baru dikalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro.
Langgan:
Catatan (Atom)