Verily! Allah grasps the heavens and the earth lest they move away from their places, and if they were to move away from their places, there is not one that could grasp them after Him. Truly, He is Ever Most Forbearing, OftForgiving. Fatir [41]

Jumaat, 1 Jun 2012

Bagaimana akuaponik berfungsi

Konsep Sistem Akuaponik ini adalah menanam sayur-sayuran tanpa menggunakan tanah, sebarang racun dan juga baja kimia. Sisa kumbahan ikan atau tahi ikan di dalam kolam ikan dikitar semula dan segala bahan kumbahan larut akan diserap oleh tumbuhan melalui akarnya. Air kolam yang dipenuhi tahi ikan dan sisa makanan mengandungi bahan amonia yang tinggi (juga dipanggil larutan nitrat) dan bakteria. Kandungan amonia yang tinggi dan berasid ini boleh menyebabkan ikan sukar untuk bernafas dan boleh membuat ikan mati keracunan. Dengan adanya sistem akuaponik, air kolam yamg berasid tinggi akan ditukarkan kepada air yang bersih kerana sayur-sayuran yang ditanam akan meyerap nitrat sebagai makanan utama (nitrat ditukar kepada nitrit). Air kolam ini juga berfungsi seperti cecair baja untuk tumbuhan. Air bernitrat ditukar kepada air nitrit yang lebih stabil dan sesuai dengan persekitaran air untuk ikan hidup dan berenang dengan gembira. Dalam masa yang sama, bakteria jahat beramonia juga akan ditukar kepada bakteria baik yang akan membuatkan ikan anda gembira dan sayuran anda segar bugar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan