Jumaat, 1 Jun 2012
Sejarah Akuaponik
Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.
Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.
Di negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.
Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini.
Manakala di Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan baru dikalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan